Tuesday, 13 September 2011

BAKAT YANG MENGUJAKAN..

hai semua pembace blog kak dara ..hehehehe
korang kenal si MADDI JANE...

penyanyi cilik kecil molek tu..kak dara sangat kagum dengan suara dia...
tengok jela koleksi lagu yang dia nyanyikan...berjuta viewer dia..hebak-hebak...




















suara dia satu anugerah..if korang tengok kat bawah you tube tu..akan ada button dislike n like....beribu dislike dia punyer video..tapi berpuluh ribu yang like...no wonder la ramai yang bercakap pasal suara dia...
kalau kak dara dapat suara macam dia, confirm dah tak de nyer kak dara nak g pusat karoake yang bayar singgit utk satu lagu.....heheheheh.... :)





note:orang cakap nak suara sedap minum air asam jawa..tapi kak dara pun tak pernah try..korang try la ek,,hihihi

Thursday, 8 September 2011

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki




Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Coklat
Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu

Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.








sumber:google

Thursday, 25 August 2011

10 sifat calon suami yg dicari

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

sumber:google

Monday, 22 August 2011

Jaket Menyejukkan Kulit

hai semua,
tadi kak dara ada terbace lam paper kosmo..pasal jaket yang menyejukkan badan manusia..
wow!! interesting...benda alah ni memang sesuai la digunakan kat malaysia,,hehehhe
model jaket air-cond,kacak kan?hehehe
petikan kosmo :
" Dua kipas elektrik di dalam jaket tersebut boleh dikawal untuk menyedut udara pada kelajuan yang berbeza, sekali gus membuatkan pakaian itu kelihatan kembung.
Lebih menarik, ia juga memberi kesejukan kepada pekerja buruh di tapak pembinaan.
Sebanyak 20 liter udara sesaat akan berputar melalui jaket dan keluar menerusi kolar dan lengan baju bagi mengeringkan peluh dan menyejukkan tubuh badan si pemakai."


korang lihat la.jaket ni nampak memang la tak lawa sangat tapi funtion dia best...nama benda alah ni KUCHOFUKU yang bermaksud 'pakaian berhawa dingin'...kan best kalau pakai time kerja..selesa je..tambahan plak sekarang bulan pose..memang tak rasa dahaga la,,hik3


kalau la benda ni murah..kak dara nak beli sepuluh,,hhehhehe..bleh guna 24 jam..hehhehe
dah2..cukup mengarut..
bye sume..slmt berbuka pose:)